aku akan berpergian buat seketika tidak lama lagi, untuk pemergian aku kali ini, aku perlu dicucuk dengan jarum sebagai langkah-langkah persediaan menghadapi persekitaran dan atmosfera berbeza.
aku pergi ke klinik yang berdekatan untuk mengambil suntikan itu pada malam tadi. setelah setengah jam menunggu sambil melihat berita-berita yang sepertinya kita sedang menghampiri pilihanraya, nama aku dipanggil oleh seorang gadis jururawat.
aku ke kaunter, dan menunggu tindakan susulan oleh mereka. terdengar perbualan gadis-gadis jururawat di hadapan aku...
gadis jururawat 1: kenapa dengan lelaki kacak di hadapan kita ini? (aku dengar macam tu)
gadis jururawat 2: dia nak diinject.
gadis jururawat 1: nanti aku inject dia di belakang.
haaa? aku terkedu, nak inject aku di belakang? sudah lama aku tidak dicucuk di bahagian belakang aku. seingat aku, kali terakhir aku dicucuk di bahagian belakang ialah sebelum aku akil baligh, sekarang ni badan pun dah penuh bulu. terpaksa juga aku melihatkan bahagian posterior aku itu kepada orang lain, gadis pula tu.
gadis jururawat 1: baiklah encik, sila ikut saya.
aku akur saja dengan kehendak gadis jururawat itu, di dalam fikiran aku terbayang-bayang bagaimana aku mahu menahan malu daripada peristiwa yang akan berlaku selepas ini, membiarkan saja dengan pasrah orang lain melihat bahagian punggungku...
gadis jururawat 1: encik tunggu di sini sebentar ya.
aku hanya mengangguk pucat. terasa maruahku seperti sedang bersedia untuk terbang jauh ke afrika utara. gadis jururawat itu ke stor, mungkin tertinggal peralatan, ataupun mungkin dia juga malu dengan keadaan yang akan berlaku, sama malu seperti aku...
gadis jururawat 1: baiklah, minta maaf lambat dan biar encik tunggu lama-lama di belakang ni. angkat sikit lengan baju.
amanitium: ha, lengan baju?
gadis jururawat 1: ya encik, kenapa?
amanitium: oh, tiada apa-apa.
aku dapat merasakan muka aku menjadi merah seperti lampu trafik yang menandakan berhenti. suntikan itu tidak menyakitkan aku langsung, namun trauma akibat suntikan di bahagian belakang klinik itu masih belum sembuh, sehinggalah saat ini...
16.5.07
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
musti nurse tuh xcun..
BalasPadamhoho
haha..watak A yang suci murni dah kembali
BalasPadamsalam dari shai. x bayar lagi yek msjbox. sudi2 kan membayarnya rm10 je. detail cara membayar ada di msjbox.com salam dari shai
BalasPadamhah cuti dah sekolah kau ye..
BalasPadamakan dtg kau akan dicucuk di atas bumbung klinik.
BalasPadamko dah ada rupenye. hoi hoi
BalasPadamha ha ha ko tak wish kan selamat hari jururawat?
BalasPadambelakang lengan ke?
BalasPadamketiak?
haha...
huh! dak aman ni.. :D
BalasPadamhahaha...nice oe. welcome back bro.
BalasPadam