15.3.06

interesting stuff from the internet

Kenapa harga minyak naik?

Pertama sekali abang kpd Perdana Menteri kita iaitu
Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef
menjadi supplier makanan kepada syarikat
penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900
juta untuk sembilan bulan pertama 2005. Abang PM
kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan
harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?
Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah
mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang
menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta. Duit ini di bayar
kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan
kengkawannya termasuk Khairy Jamaludin
menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar tak sampai lima
hari memakan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah
tentu duit itu ditelan oleh orang yang sungguh
bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu. Untuk menutup
kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi
minyak di potong dan menyebabkan harga minyak
naik. Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab
terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat telekom
German ia itu Deutsche Telekom. Alasannya
kerana Telekom Malaysia tak tahu buat kontrak. Nak tutup rugi ini
pula kerajaan potong sabsidi minyak. Sekarang
lebih murah naik kapal terbang Air Asia pergi balik
dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik
Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu
tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga. Air
Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu
buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat. Sekarang
dengan harga minyak yang sudah naik, belanja
minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar
sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja).
Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan
minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam
orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah
belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik
dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM300. Negara lain bukan
macam negara kita. Walaupun harga minyak di
Thailand lebih mahal daripada harga minyak di
Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol. Dari Bukit Kayu Hitam ke
Bangkokjauhnya lebih 1,100 batu(bukan kilometer)
naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL
(bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan
kita). aku tau ni sebab aku pernah study kat utara
kedah 5 tahun.... Di Thailand tak ada rasuah AP.
Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000.
Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa
1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand- tak
ada AP di sana. Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya
harga AP yang perlu di bayar kepada Kerajaan
(MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di
jual sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato Dato
yang kaya yang di kenal sebagai "AP King".
Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30
tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah
AP ini. Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5
yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand
naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia . Rakyat Malaysia
rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak
cukup wang - maka potonglah sabsidi minyak.
Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter. Saya minta sila
sebarkan maklumat ini kepada seberapa ramai
orang yang kita kenali. Maklumat ini elok di jadikan
sepanduk dan kain rentang untuk di kibarkan pada Hari Jumaat ini.
Semoga Tuhan kita akan melindungi rakyat
Malaysia yang bersusah payah daripada kejahilan
dan kerakusan tamak haloba Kerajaan. kau renung baik2..abis la kita
terutamanya melayu jadi mangsa melayu... Sekian.
Salam.

*disclaimer: the blog author didn't took part in the writing of the article shown above. the blog author also didn't state his opinion on the article above. by posting the article, this doesn't mean that the author do agree with the article, and still, by that statement, that doesn't mean that the author disagree with the article. wallahualam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.