26.3.06

buang masa~

aku tgh tiada kerja,
aku sedang membuang masa,
pukul 2.30pm esok (isnin) aku akan menghadapi exam digital logics,
paper last bagi siri2 exam final aku di universiti tenaga nasional,
tadi aku lepak2 ngan member kat restoran yus, sg. ramal,
kitorang gerak naik keta isey,
pastu aku lepak kat putrajaya,
lepas tu minum2 kat hassan dkt umah sewa,
pastu aku blk, pasang lord of the ring,
tgk setengah jalan, pastu aku cam boring,
pastu aku bukak tenet,
cam boring gak,
aku boring dgr lagu yg aku selalu sgt dengar,
aku pasang music maksim,
leh blah dua kali dengar je,
tu pun music exodus ngan flight of the bumble bee je,
pastu cam ternampak folder flop poppy,
aku pasang a~
tetiba teringat, lagu ni lagu rasmi time aku basuh baju kat skola dulu,
aku selalu basuh baju time lps inspection ari ahad,
kumpul2 dan kumpul lagi, sampai ari ahad, lalu basuhlah semua,
kalau rajin basuh a before gi surau time weekdays,
tp cam jarang a, once in a blue moon kot,
time nak basuh baju, pakai tuala hijau pekat aku tu,
pastu aku on walkman aku, aku selitkan walkman tu kat tuala,
basuh baju tu adalah amek masa dekat 2 jam gak,
sempat a pusing kaset tu 18.2 kali.
cakap pasal sekolah,
hari tu aku mimpi pasal bebudak skola ramai2 atas satu menara,
pastu semua dgn sukarela melompat ke bawah secara berbaring,
mimpi yg amat kelakar, horror, serta melodramatik tp agak menarik...

kesimpulannya~ aku boring ni, tatau nak wat ape.
yg benar,
[encikkebosanandihadapanmonitor]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.