dan, jika kau mengerti sejarah sebenar nusantara kita, nescaya kau tidak akan tertutup pemikiran apatah lagi berpecah belah.
dan, jika kau tahu tentang hikayat tiga putera keturunan darah Iskandar Dzulkarnain yang telah menjadi Raja Minangkabau, Raja Tanjong Pura dan Raja Palembang, kau akan berasa lebih bangga mengenakan kulit sawo matang dan rambut hitam ikal kau itu.
dan, jika kau pernah hidup semasa tercetusnya konflik antara Ngah Ibrahim dan Raja Abdullah, atau konflik antara Kudin menantu Sultan Abdul Samad dan Raja Mahdi, atau konflik antara Sultan Abdul Rahman dan Sultan Hussein, tentu kau akan mendapat perasaan deja vu pada masa sekarang.
dan, tentu sekali jika kau mengerti tentang kerisauan Allahyarham Munshi Abdullah semasa Empayar Riau-Johor dibahagi-bahagi penjajah, kau akan lebih risau dengan masa depan tanah air kau sekarang.
dan, kau tidak akan tahu semua ini jika kau sibuk membaca novel-novel cinta atau sibuk menghafal perkataan-perkataan dari buku teks kau.
27.6.09
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Wah! Apabila seorang pemikir membaca buku nan hebat. Eh? Masih ada lagi ke jualan penghabisan stok tu? Nak beli juga la buku yang kamu beli tu. Hehe!
BalasPadam*Insan Tamak ~ akak*