apatah lagi, jika ampaian tempat menyidai baju kau itu lebih dekat dengan lokasi orang yang juga menyukai baju kau berbanding lokasi diri kau sendiri?
kau tentunya akan lebih selesa menjemur baju cantik kau itu di dalam rumah kan? atau kau lebih suka membiarkan orang itu memerhatikan baju kau sepanjang masa dengan pelbagai perkara yang bermain di fikirannya?
dan walaupun tiba-tiba dia berkata dia sudah bertukar selera dan lebih meminati baju lain, adakah kau akan terus berasa selamat? atau masih terus curiga?
tentulah kau perlu menjaga baju kau dengan lebih berhati-hati, baju kau tidak akan ditiup angin ke arah si peminat baju kau itu, tetapi orang itu yang akan berusaha sedaya-upaya ke arah baju kau itu. dan bukankah kau ialah si bodoh jika berdiam diri?

nota kaki: aku sayang baju aku.
hahaha..
BalasPadampompuan bukan mcm baju..
BalasPadammungkin ko patut simpan dlm peti keselamatan.
BalasPadamkalau aku cho...
BalasPadamfuhh..
ni da kira critical ni,
BalasPadamnak kena beli baju baru ni,
ko bley try tgk kat save and save, byk juga choices.
aku akan sidai baju tu di luar.
BalasPadamtapi aku akan bersama baju itu, kerana aku suka apabila orang lain nampak baju yang aku ada,
lebih2 lagi bila aku tahu,
yang orang lain itu mahu baju itu tapi tidak berdaya.
hehe, seronok