14.4.09

215 - dikuasai kuasa indah yang kejam

pada masa dahulu, malaya dijajah Inggeris beratus-ratus tahun lamanya, mereka menggunakan pendekatan indah, yang melalaikan dan um, indah, lalu masyarakat malaya leka dan gembira...

pada masa dahulu juga, malaya pernah dijajah Nippon, mereka menjajah tidak selama orang putih, namun mereka sempat meninggalkan parut yang kejam dalam memori setiap masyarakt malaya masa itu. pendekatan ganas mereka menyebabkan masyarakat terjaga...

kedua-dua pendekatan ini, jika disatukan, dan kena pada gayanya, boleh menjadi alat penjajahan paling berkuasa di dunia, kekejaman yang dilakukan terhadap kau membuatkan kau gembira dan leka. kalau tercipta formula penjajahan ini, tiada siapa mampu merdeka lagi.

oh, terlupa, pendekatan penjajahan seperti ini sudah dicipta lama dulu, telah dinamakan penjajahan tersebut dengan nama 'cinta'...

nota kaki: tentu sekali aku tidak maksudkan sadism and masochism. harap maklum.

3 ulasan:

  1. stuju sebahagian.
    semua orgkah rela dikejami atas sbb cinta?
    tidak, aku rasa.

    BalasPadam
  2. kau sangka perkara kejam itu dalam minda sedar?

    BalasPadam
  3. mungkin tidak.
    tapi yg dikejami dalam minda sedar.
    dan kerelaan yg diberi juga dalam minda sedar.
    kau tak rasa begitu?

    BalasPadam

Sila fikir betul-betul dan periksa ejaan sebelum meninggalkan pesanan.