pakcik jaga : korang nak pergi mana ni?
watak L : nak pergi bazaar ramadhan dekat Ayer Baloi tu.
pakcik jaga : ok, pastikan korang bertiga balik sebelum berbuka.
watak A : ok pakcik, jangan risau lah.
watak F : terima kasih pakcik.
selepas beberapa jam, di pekan Pontian Kechil, (bukan Ayer Baloi) 17km daripada lokasi dialog tadi, kelihatan watak F, watak L dan watak A sedang berlepak-lepak di warung.
watak A : bila nak azan ni? lambat gila!
(suara azan kedengaran di ruangan atmosfera)
watak L : tu dah azan tu, mari makan.
watak F : mari makan, yeah man!
selepas mereka selesai makan, mereka masih belum mahu pulang, mereka berjalan-jalan di sekitar taman di tepi pantai, lepak-lepak sambil merosakkan peparu (harganya masih murah ketika itu). mereka menangkap gambar kenang-kenangan di tugu peringatan berdekatan, dan berbagai-bagai lagi kerja yang berfaedah. hanya selepas beberapa jam berpeleseran barulah mereka bercadang untuk pulang ke asrama...
watak A : aku rasa baik kita balik sekarang, nanti takde bas pulak.
watak L : jom ah balik, malam ni bebudak ada projek best.
watak A : woah, jom balik cepat!
mereka menaiki sebuah bas usang berwarna merah dan berhenti di tempat perhentian bas yang jaraknya 500 m dari pagar utama sekolah.
watak A : alamak, ada warden la dekat pondok jaga tu. macam mana ni?
watak L : apa kata, kita tembus masuk sekolah ikut dusun tu?
watak F : gelap malam ni, nak redah dusun tu tak bahaya ke?
watak L : alaah, bulan puasa ni syaitan semua kena ikat. jom!
(watak-watak ini memang suka jawab soalan dengan soalan)
watak A, F dan L dengan agak beraninya meredah dusun. mereka bergerak dengan bantuan cahaya bulan yang samar-samar. terkadang terdengar bunyi unggas malam sahut menyahut. pernah terdengar juga cerita ada keluarga tapir yang hidup di dalam dusun itu. tiba-tiba watak A ghaib, sejurus itu juga kedengaran bunyi yang aneh. watak F dan L terus menjadi kaget!
kelihatan tiga lembaga keluar daripada kawasan dusun dan melintasi padang sekolah menuju ke kawasan aspura. salah seorang daripada lembaga itu berjalan sedikit capik, seluarnya kotor. dia kelihatan agak bengang.
watak F : ha ha ha! (berdekah-dekah)
watak L : ha ha ha haha! (berdekah-dekah)
watak A : cis, celaka punya longkang!
wauahuahuaa...nih kisah benar atau kisah macam benar atau kisah ape aku benar ke x?
BalasPadamjahat sungguh budak bertiga itu terutamanya si watak A hahahahaah
BalasPadambaik nyer pak guard tu.. sekali lagi watak A menjadi perancang utama sindiket fly di bulan ramadhan.. hahaha...
BalasPadamhahahha....mesti jatuh longkang sebab terkejut ngan tapir.....
BalasPadamwahahaha watak a itu kau kah?
BalasPadamhahahaha...aku pun nak gelak jgk!!
BalasPadamfly..hhaa..dulu time secondary school slalu gak fly..bdak lelaki kalu tak penah fly kira tak macho la time tu..
BalasPadamwah. aku pun teringat zaman fly dulu. tapi longkang (kering) dijadikan tempat nyorok.
BalasPadamwatak a nampaknya masih amatur
BalasPadamaah...menggamit memori sungguh (although i never get into such trouble la because i'm so skema...) hehehe :P
BalasPadamwatak a itu ialah AMAN hahahahhaha
BalasPadam(ketawa terbahak2)
fly tuh ape? lalat atau karipap? hahahah
BalasPadamihsan_huhu:
BalasPadamkisah adaptasi ni.
Lan Rambai:
haha, bukan jahat, nakal je.
Orochi:
watak A tu jadi pengikut je. dia baik. haha.
13may:
kalau jumpa tapir, memang terus menyorok dalam longkang dah, tak keluar-keluar. haha.
kingbinjai:
hahah, aku pun tak pasti.
hayad:
hahahaha... sila-sila, join in the fun. heh.
Kemat:
maknanya aku, eh, watak A tu macho ke? haha.
el-Maaniq:
longkang kitaorang penuh air, boleh buat moonson cup situ. tak dapat a nak kering. haha.
fiqroorganisma:
haha, watak A seorang yang baik.
del:
if you EVER got into such trouble, i'll be very surprised. haha.
Aku Bukan Bidadari:
AMAN? siapa tu? lelaki kacak ke? haha.
ihsan_huhu:
fly tu sejenis makhluk ajaib yang gemar makan nasi berlaukkan santa claus. haha.